Kursus jurulatih

Kursus Kejurulatihan 
Taufiq Hidayat
Al hamdulillah , kami mendapat sambutan dari peminat yang ingin menjadi coach dari email yang diterima. Terima kasih diucapkan dan tahniah kerana anda ada minat untuk mengajar.

Untuk pengetahuan semua, kursus jurulatih yang akan kami adakan ini menepati piawaian badminton WBF ( World Badminton Federation).

Nama-nama yang ada pada kami akan difailkan dan akan dijemput berkursus apabila tiba tarikhnya nanti . Kursus ini melayakkan anda menjadi jurulatih.Teknik drill raket akan ditekankan, kaedah /teknik  mengajar, peranan jurulatih dan sains sukan yang berkaitan dengan badminton.

Kami menyediakan kursus yang mengandungi silibus  inti dan padat sahaja, supaya sesuai dengan masa dan kos yang kami cuba sesuaikan dengan suasana , yang sesuai untuk mereka yang masih bekerja, belajar di kolej atau universiti atau yang tiada pekerjaan.

Syarat penyertaan:


  • Umur adalah 18 tahun ke atas hingga 50 tahun sahaja.
  • Terbuka kepada lelaki dan perempuan. 
  • Terbuka kepada semua kaum yang mempunyai warganegara Malaysia sahaja
  • Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Melayu dan
  • nota akan diterbitkan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
  • Video akan ditayangkan mengikut kesesuaian
  • Tiada latihan berat 
  • Tumpuan kepada teori dan praktikal untuk layak menjadi jurulatih badminton
  • Sijil akan dikeluarkan kepada peserta yang berjaya


Yuran yang dicadangkan RM500.00 setiap peserta , tetapi akan diberi potongan sebagai promosi sehingga RM350.00 sahaja.




  • Pepatah 'Arab " semakin banyak sekolah/pusat ilmu dibuka, semakin banyak penjara akan ditutup".
  • Maksud ilmu hadis, " jika kamu hendakkan dunia hendaklah dengan ilmu, jika kamu hendakkan akhirat mestilah dengan ilmu, jika kamu hendakkan keduanya mestilah dengan ilmu."
Ilmu adalah cahaya , jika anda mempunyai ilmu anda mampu menerangi orang lain.!!!!!!!




Jom join kami...............






3 comments:

  1. mcm mana nak sertai? ada no telefon untuk di hubungi?

    ReplyDelete
  2. nama anda telah kami simpan, bila hampir tarikh kursus , surat tawaran akan diemailkan. no dihubungi . 03 8706 3008/ 019 957 3585

    ReplyDelete